Nampaknya Everton menggunakan peluang dengan sebaiknya apabila berjaya mengikat Liverpool 0-0 awal pagi tadi.
Dengan keputusan ini, ia mengekalkan Liverpool di tangga kedua Liga Perdana Inggeris.
Selepas 29 perlawanan, City yang menang 1-0 ke atas Bournemouth, semalam mengisi carta teratas selepas mengumpul 71 mata manakala Liverpool kedua dengan 70 mata berbaki sembilan perlawanan.
Walaubagaimanapun, Jurgen Klopp menegaskan bahawa Liverpool masih boleh mengejar gelaran juara Liga Perdana walaupun seri tanpa jaringan.
Sumber: Oh! Media