Ethiopian Airlines dan Negara China Menggantung Semua Pesawat Boeing 737 Max 8


Susulan dengan kamalangan yang menimpa Ethipian Airlines yang terhempas sehingga menyebabkan 157 orang terkorban, syarikat Boeing hari ini telah mengumumkan untuk menangguhkan rancangan perasmian pesawat 777X.

Katanya, selepas kemalangan Boeing 737 Max 8 Ehtiopian Airlines, tumpuan utama adalah memberi sokongan kepada syarikat penerbangan itu dan tidak akan meneruskan perasmian 777X pada Rabu ini, yang di jadualkan berlangsung di Seattle.

Dalam perkembangan lain, syarikat Ethiopian Airlines turut telah menggantung semua operasi pesawat Boeing 737-8 yang dimaklumkan melalui akaun Twitter rasmi mereka. China hari ini turut menggantung operasi semua pesawat 737 Max 8 bermula jam 6.00 petang



Sumber: Oh! Media