Cebisan Al-Quran diguna untuk bungkus barang online

SEORANG wanita terkejut apabila melihat barang yang dibeli secara online dibungkus menggunakan kerta-kertas Al-Quran.

Menurut Khairunnisa Md Nasir, dia sama sekali tidak menyangka peniaga online itu tergamak menggunakan helaian kitab suci yang telah dikoyak untuk membungkus produk kesihatan yang dipesannya.

“Beli barang kat Shopee dapat sekali page ayat Al-Quran yang dah koyak-koyak sumbat dalam kotak.

“Sesedap rasa je Si Wong ni. Biadap betul. Sengaja je ni. Dah tentu-tentu tahu pelanggan dia Islam,” katanya.

Khairunnisa berkata, selain ayat-ayat Al-Quran, peniaga online itu juga memasukkan sekali cebisan-cebisan buku-buku latihan agama pelajar sekolah.

“Dalam kotak tu ada campur jugak buku-buku latihan agama budak skolah. Sekarang ni mana dia dapat buku-buku agama dan Al-Quran tu sekali? Adakah owner buku tu jugak yang buang sembarangan dan Cina ni kutip?,” soalnya.

Berikutan itu, Khairunnisa berkata dia mahu memboikot peniaga itu kerana tidak peka dengan sensitiviti agama.

Namun, seorang netizen telah PM peniaga tersebut dan ini respon darinya.



Sumber: cempedakcheese.com