Avengers Vs X-Men Dijangkakan Bakal Hadir Selepas Endgame


Ini mungkin  merupakan satu lagi projek yang akan dibawakan oleh Marvel Studio selepas siri filem Avangers Endgame. Projek terbaru tersebut dikatakan akan menggabungkan di antara siri Avengers, X-men dan Fantastic Four.

Seperti apa yang dilaporkan WGTC, penggabungan semua siri ini akan menampilkan satu pertempuran yangs sangat epik di antara Avengers menentang ahli X-men.


Walaubagaimanapun, Marvel Studio pasti tidak akan terlalu terburu-buru dalam menggabungkan sesuatu penceritaan dan pastinya mereka akan mengeluarkan filem bagi fasa pengenalan bagi Avengers dan X-men sebelum dikaitkan antara satu sama lain dan menjadi satu filem yang sangat hebat.

Untuk pengetahuan anda, pada tahun 2012 yang lepas, penggabungan dan penceritaan Avengers vs X-Men ini telah pun dikeluarkan dalam versi komik dan sekiranya projek ini dapat dihasilkan, ianya pasti membuatkan peminat setia Marvel sangat teruja.




Sumber: Oh! Media