Apple Akan Berikan iPhone Baharu Jika Peranti Pelanggan Hadapi Kerosakan Teruk


Ini pastinya berita baik buat pengguna Aplle apabila kini pihak Apple telah melonggarkan sedikit syarat mereka dengan membenarkan juruteknik membaiki peranti pelanggan bagi Iphone yang rosak walaupun didapati ia menggunakan bateri daripada pihak ketiga.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, bagi mereka yang menghantar peranti yang rosak dan didapati menggunakan bateri dari pihak ketiga, Apple tidak akan meneruskan proses pembaikan berkenaan.

Oleh itu, kini ia akan dikuatkuasakan serta merta secara global dan pihak Apple turut akan menggantikan komponen bateri yang original sekiranya didapati menggunakan bateri palsu.

Bagi mereka yang masih dalam tempoh waranti dan peranti mempunyai masalah yang teruk, pihak Apple juga akan bertanggungjawab dan memberikan peranti yang baharu.

Sumber: Oh! Media