Anwar Ibrahim dan Keluarga Akan Terus Sokong Pimpinan Tun Dr Mahathir


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan sokongannya dan keluarga terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan berharap semua pemimpin Pakatan Harapan untuk terus memberikan sokongan yang sama.

“Secara konsisten kita pilih Dr Mahathir dan kita sokong dia sebagai Perdana Menteri. Keluarga dan saya akan beri sokongan kepada kepemimpinan Dr Mahathir,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

“Saya jelaskan hal peringatan supaya semua pihak faham dan setuju serta patuh kepada perjanjian di antara kita.

“Tumpu kepada usaha bantu ekonomi rakyat. Kita mahu gaduh pasal apa. Saya harap dengan penjelasan ini semua faham. Masing-masing ada tugas besar untuk rakyat. Kenapa sibuk soal-soal ini,” katanya.

Anwar juga menyatakan bahawa semua pemimpin harus mengambil serius akan peringatan dan teguran Tun Dr Mahathir kerana jawapan Perdana Menteri lebih matang dan tertumpu kepada perkara yang lebih asas dan pemimpin haruslah terus fokus melaksanakan tugas masing-masing.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.


Sumber: Oh! Media