Ahmad Said dilantik ketua pembangkang DUN Terengganu

KUALA NERUS – Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dilantik sebagai ketua pembangkang bagi menggantikan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Dewan Undangan negeri (DUN).

Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali, berkata pelantikan Ahmad yang juga ADUN Kijal sebagai ketua pembangkang dipersetujui pucuk pimpinan tertinggi UMNO di peringkat negeri.

Katanya, Ahmad akan mula menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai ketua pembangkang pada persidangan DUN yang akan diadakan selama empat hari mulai awal bulan depan.

“Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka merasmikan persidangan DUN pada 1 April ini.

“Kita berharap Ahmad akan menggunakan pengalamannya serta dapat memberi cadangan bernas kepada kerajaan negeri pada sepanjang persidangan DUN nanti,” katanya.

Yahaya berkata demikian ketika ditemui pada majlis perjumpaan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) peringkat negeri di stadium tertutup Gong Badak, di sini, hari ini.



Sumber: cempedakcheese.com