Individu terbabit telahpun dikenalpasti hasil dari penemuan dompet di dalam pakaian mangsa yang sebelum ini turut dilaporkan telah hilang sejak Julai tahun lalu.
Apa yang dapat diperoleh dari Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Muhd Nurhishamuddin Hashim setakat ini adalah, mayat lelaki berusia 22 tahun itu beralamat di Desa Keratong Pahang.
Sebelum ini, penduduk digemparkan dengan penemuan mayat lelaki oleh pekerja Syarikat Air Negeri Sembilan, SAINS yang sedangn melakukan pemeriksaan tangki dan menyukat air dalam kolam agiham terbabit.
Dalam perkembangan lain, pihak SAINS turut telah memaklumkan bahawa pihak mereka sedang giat melakukan kerja pembersihan tangki sebelum ia dibekalkan kepada penduduk (kenyataan pada 25 Mac).
Sumber: Oh! Media