United, Liverpool kongsi mata di Old Trafford

Pertemuan Man. United dan Liverpool menjadi perhatian seluruh peminat bola sepak.

Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, Liverpool menjadi pasukan lebih dominan di dalam perlawanan ini.

Namun sukar untuk menembusi pertahanan Man. United.

Sementara itu Manchester United pula berhadapan dengan masalah kecergasan pemain. Mereka terpaksa menggunakan ketiga-tiga pertukaran pemain yang ada kerana masalah kecederaan.

Pemain gantian Lingard terpaksa dikeluarkan semula kerana kecederaan. Beliau sebelum itu mendapat peluang keemasan – hasil umpanan Lukaku. Namun Alisson cemerlang menafikannya.

Liverpool turut kehilangan Roberto Firmino kerana terseliuh di bahagian kaki. Beliau digantikan dengan Daniel Sturridge.

Manchester United berjaya menyekat serangan Liverpool dan cuba melancarkan serangan balas.

Pada awal separuh masa kedua Manchester United banyak memberikan masalah kepada Liverpool menerusi hantaran lintang dan situasi bola mati.

Luke Shaw berjaya merantai Mohamed Salah.

Matip hampir meratapi hari malang beliau apabila tertampan bola ke gawang sendiri. Namun sebelum itu Smalling berada di kedudukan ofsaid.

Jurgen Klopp kemudian memasukkan Xherdan Shaqiri untuk menukar taktik kepada 2 penyerang tengah. Liverpool menghadirkan beberapa siri serangan namun hanya melakukan 1 perubahan tepat.

Pogba berjaya menaikkan sedikit intensiti permainan beliau selepas aksi hambar separuh masa pertama.

Pada minit akhir Chris Smalling hampir menghampakan Liverpool. Namun gagal untuk menyentuh hantaran Lukaku.

Perlawanan berakhir 0-0.

Keputusan seri ini meletakkan Liverpool kembali ke puncak liga dengan kelebihan 1 mata di atas Man. City.



Sumber: cempedakcheese.com