Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kepada Johor Darul Ta'zim kini telah melakukan permohonan maafnya kepada semua staff dan peminat JDT apabila mendedahkan bahawa masalah yang kini dihadapi pasukannya itu berpunca daripada dirinya.
Ini dapat dilihat apabila Tunku Ismail memohon maaf kepada staf kejurulatihan dan pemainnya di laman rasmi Johor Southern Tigers yang setiap tahun diberikan tekanan untuk menyerlah dalam Liga Malaysia.
"Masalah terbesar dalam JDT adalah, saya! Setiap tahun saya meletakkan banyak tekanan kepada pemain dan jurulatih. Kesalahan saya kerana tidak menyedari dan terlupa yang anda hanyalah manusia.
"Manusia tidak pernah sempurna. Kami mempunyai hari yang tidak bagus malah kami mempunyai kelemahan dan kadang-kadang terlalu mengikut emosi.
"Kami bukanlah robot. Kepada pemain dan staf saya. Maafkan saya," kata Tunku Ismail dalam kenyataan itu.
Sumber: Oh! Media