Rami Malek Memenangi Oscar dan Diangkat Sebagai 'Firaun' Baru Mesir


Rami Malek yang merupakan seorang pelakon yang berasal dari AS dan berekturubab Mesir kini diangkat sebagai 'Firaun' baru setelah berjaya mendapatkan Oscar untuk Aktor Terbaik dalam lakonannya dalam filem Bohemian Rhadsody.

Rami Malek yang turut pernah menjadi watak utama dalam sebuah game Until Down sebagai Joshua itu menerima anugerah terbabit bagi peranannya sebagai ikon gay dan penyanyi utama kumpulan Britain, Queen.


Keluarga Malek ialah penganut Kristian Koptic yang berasal dari wilayah Minya.

Menteri Imigresen Mesir, Nabila Makram, turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan Malek.

Sepupu Malek iaitu Fady Essam turut mengatakan keluarga akan membawa Malek balik ke Mesir untuk mengadakan sambutan besar-besaran ke atas kejayaan 'Firaun' baru itu.
Sumber: Oh! Media