Sebuah penerbangan terpaksa ditangguhkan kerana seorang pembantu juruterbang didapat mabuk. Perkara ini berlaku ke atas syarikat penerbangan All Nippon Airways, apabila pembantu juruterbang terbabit gagal ujian alkohol.
Sebelum ini, Jepun telah mengeluarkan peraturan baharu bagi membendung pengambilan alkohol oleh juruterbang kerana ia sering menjadi tajuk utama dan masalah bagi penerbangan mereka.
Juruterbang berkenangan gagal ujian pernafasan, dan mengaku meminum setin bir dan separuh tin minuman berasaskan alkohol di bilik hotelnya kira-kira enam jam sebelum jadual penerbangan.
Penerbangan ditangguhkan lebih sejam untuk mencari pengganti juruterbang.
Syarikat itu berkata ia akan menangani kes berkenaan dengan tegas.
Ia melarang juruterbang dan pembantu daripada meminum alkohol sehingga 24 jam sebelum penerbangan.
Sumber: BH
Sumber: Oh! Media