Akhirnya, semalam kerajaan telah mengumumkan kaedah terbaru mereka bagi pemansuhan beberapa tol di 4 lebuh raya iaitu Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Walaupun caj tol dimansuhkan, namun caj kesesakan bakal diperkenalkan kerajaan yang juga akan dikenakan kepada pengguna lebuh raya. Caj kesesakan ini akan dikenakan di waktu kemuncak dan tiada sebarang bayaran akan dikenakan pada waktu biasa iaitu pada 11 malam hingga 5 pagi.
Kadar caj kesesakan akan dikenakan bayaran seperti biasa, namun pada waktu kurang sesak pula, pengguna lebuh raya akan diberikan potongan harga sebanyak 3 peratus daripada kadar tol biasa.
Sumber: Oh! Media