SEORANG kanak-kanak perempuan maut apabila dilanggar sebuah kereta yang merempuh kediamannya di Tanjung Tokong, Georgetown, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Annur Sumayyah Syabandi, 3, berada di rumahnya sebelum sebuah kereta jenis Proton Saga tiba-tiba berundur laju dan merempuh kediaman kanak-kanak itu.
Lebih menyayat hati, kereta itu dipandu oleh rakan ibu mangsa sendiri yang dikatakan tidak sengaja terpijak pedal minyak ketika mahu berundur.
Bagaimanapun, ibu mangsa Nur Daliia Yusoff, 28 tidak menyimpan dendam dan menganggap kejadian yang menimpa mereka sekeluarga itu sebagai percaturan dan ketentuan Allah SWT.
Nur Daliia turut memuat naik sebuah posting di laman sosial Facebook yang redha dengan pemergian tersebut.
“Semuanya sudah selesai pengebumian puteri syurga ku, Annur Sumayyah. Anak syurgaku.
“Ibu abah redha kamu pergi untuk selamanya. Sudah tertulis di Luh Mahfuz Allah akan menjemput kamu menjadi ahli syurga.
“Bidadari syurga seindah nama kamu Annur Sumayyah. Ibu sayang kamu,” tulisnya setelah selesai urusan pengebumian jam 2 pagi tadi.
Posting tersebut dihujani dengan pelbagai komen yang rata-rata mengucapkan takziah buat keluarga Nur Daliia atas kehilangan anak sulungnya itu.
Salam takziah sis!
Syurga untuk puterimu!
Kuatkan semangat…
Ini semua dugaan Allah…
Sumber: cempedakcheese.com