IKBN Dinaik Taraf Untuk Menawarkan Program Diploma


Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam kenyataannya memaklumkan bahawa kementeriannya kini sedang mengenal pasti beberapa Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) untuk dinaik taraf.

Naik tarif itu turut termasuk dari segi penawaran program peringkat diploma sebagai persediaan menghadapi Revolusi Industri 4.0.

Terdapat 22 buah IKBN di seluruh negara ketika ini dan ada antaranya sudah dikenal pasti untuk dinaik taraf sebagai Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) dalam usaha meningkatkan gaji permulaan gra­duan.

“Ketika ini, kebanyak­an gaji permulaan untuk lepasan IKBN adalah antara RM1,400 hingga RM1,600. Jika (IKBN) dinaik taraf kepada IKTBN, mereka (graduan) boleh memperoleh antara RM1,800 atau RM1,900 sebagai (gaji) permulaan.
Sumber: Oh! Media