Huawei Memperlihatkan Model Terbaru Mereka Huawei Mate X


Nampaknya syarikat telefon pintar Huawei semakin maju kehadapan dengan banyak inovasi apabila kini dilihat telah meletakkan papan iklan yang menunjukkan sebuah telefon pintar boleh lipat mereka pada acara MWC 2019.

Peranti berkenaan diberi nama Huawei Mate X dan ia mempunyai fungi membuka lipatan berkenaan untuk menjadikan ia sebuah tablet atau menutupnya untuk digunakan sebagai sebuah telefon pintar.

Walaubagaimanapun, ramai yang masih menantikan apakah kejutan yang akan dibawakan oleh pihak Huawei yang akan diadakan pada Ahad 24 Februari ini.



Sumber: Oh! Media