Feri Terbakar - 52 Orang Penumpang Berjaya Diselamatkan


Sebentar tadi berlaku satu kemalangan apabila sebuah feri yang dikatakan membawa 52 orang penumpang terbakar selepas 10 minit dalam perjalanan dari Langkawi menuju ke Kuala Perlis.

Kejadian yang berlaku pada jam 2.45 petang tadi itu dikatakan berpunca daripada bahagian enjin yang mengalami kerosakan dan mengeluarkan asap tebal.


Pihak bomba menggerakkan dua bot penyelamat dan bot kevelar ke lokasi, selain turut dibantu bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan bot nelayan. Ke semua penumpang dapat diselamatkan dan dua penumpang dilaporkan cedera ringan.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.



Sumber: Oh! Media