Biadap! Penyokong PH buat bising ketika umat Islam solat Asar

SEKUMPULAN penyokong Pakatan Harapan bertindak biadap ketika berarak melalui jalan di sebelah Masjid Seri Putra, Bangi semalam.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, penyokong PH itu membuat bising dengan membunyikan hon kenderaan masing-masing ketika umat Islam sedang menunaikan solat asar di dalam masjid.

“Masya-Allah. Begitulah tahap mentaliti Pakatan Harapan. Mereka bertindak biadab ketika kami sedang solat Asar di Masjid Seri Putra, Bangi hari ini (semalam). Moga Allah mengampuni mereka,” kata Najib.

Video berdurasi 26 saat itu kemudiannya tular dan sehingga kini dikongsi lebih 1,700 kali oleh pengguna Facebook.

Rata-rata netizen mengecam tindakan tersebut yang seolah-olah tidak sensitif dengan kawasan rumah ibadah.



Sumber: cempedakcheese.com