Atuk 90 tahun makan yogurt, dah habis separuh rupanya tong cat

NEW YORK – Seorang warga emas, 90 tahun termakan cat yang disangka yogurt.

Kejadian malang itu telah dimuat naik oleh cucunya, Alex Stein di Twitter hingga tular di media sosial.

Alex memberitahu, datuknya dikenali Bobby telah memakan separuh cat yang disangka pencuci mulut (yogurt).

Dia turut memuat naik gambar Bobby dalam keadaan bibir berwarna hijau dan tong cat sebagai bukti.

Katanya, ibunya selalu membeli yogurt sekurang-kurangnya tujuh liter dalam tempoh seminggu dan berkemungkinan Bobby melihat tong cat itu adalah yogurt.

Bagaimanapun kejadian itu tidak sedikit pun menjejaskan tahap kesihatan Bobby dan doktor mengesahkan dia selamat.

Penularan status itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang turut meneka perisa ‘yogurt’ itu.

Netizen memberitahu mungkin perisa coklat mint atau pistachio.

Sehingga kini, status itu meraih 177,386 ciapan dan lebih 500,000 tanda suka.



Sumber: cempedakcheese.com