84 Orang Lagi Dilaporkan Maut Setelah Keracunan Arak Palsu


Berikutan dengan kes keracunan arak tiruan yang berlaku di India, setakat ni seramai 84 orang telah disahkan maut dan 200 orang lagi masih dirawat di hospital kata Menteri Kesihatan Assam, Himanta Biswa Sarma.

Setakat ini juga, lebih 100 orang telah maut dalam insiden yang berlaku dua minggu yang lalu apabila arak yang diminum disahkan tercemar.

“Setiap sepuluh minit kami sedang mendapatkan laporan mangsa dari tempat berbeza. Setakat ini, kira-kira 200 orang dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya yang memberitahu Reuters menerusi telefon.

“Doktor di daerah berhampiran dan kolej perubatan lain dikejarkan ke lokasi kejadian bagi menangani krisis terbabit,” katanya lagi selepas melawat mangsa di Jorhat yang terletak kira-kira 300 kilometer dari timur, Guwahati.

Namun, kematian akibat minuman arak beracun ini menjadi perkara biasa kerana ramai diantara mereka tidak mampu membeli arak yang berjenama dan sanggup membeli arak yang murah dan tidak tahu keasliannya.



Sumber: Oh! Media