Kuala Terengganu: Kecoh sejak semalam apabila dikatakan pemain berasal dari Korea Selatan, Do Dong-Hyun tidak menandatangi kontrak bersama Selangor FA dan telah menerima tawaran dari pasukan dari pantai timur.
Penyokong bola sepak tanah air telah membuat spekulasi dan mengatakan bekas pemain import UiTM FC dan Kelantan FA ini menyertai TFC apabila tersebar perbualan whatsapp individu dengan jurulatih Terengganu FC, Irfan Bakti yang menyatakan perkara ini sudah selesai.
Menurut sumber yang bolehi dipercaya, Do Dong-Hyun setakat ini sah bersama Terengganu FC dan akan diumumkan dalam masa terdekat, sama-sama kita menunggu pengumuman daripada pihak pengurusan. Selamat datang ke keluarga Terengganu FC Do Dong-Hyun