PASUKAN Terengganu FC I (TFC I) melengkapkan senarai lima kuota pemain importnya bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Pengendalinya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Igor Zonjic itu dijadualkan tiba di negeri ini dan mula menjalani latihan pra musim bersama pasukan pada pertengahan bulan depan (jumaat ini).
Menurutnya, selepas penjenamaan semula pasukan Terengganu ke TFC I pasukan hanya mengekalkan penyerang import dari Ivory Coast, Tchetche Kipre, selain berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain import Negeri Sembilan, Lee Andrew Tuck dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Kim Hyeon Woo dari Korea Selatan.
“Malah kehadiran Therry yang beraksi di bahagian tengah itu berjaya memenuhi kuota pemain import Asia Tenggara manakala Zonjic pula menggantikan kekosongan benteng pertahanan ditinggalkan Lazaro Vinicius setelah kontraknya tidak dilanjutkan musim depan.