BERITA RASMI TFC : IGOR ZONJIC RASMI MILIK TERENGGANU FC!
Igor Zonjic kini secara rasmi telah menandatangani kontrak untuk bersama Terengganu FC sekaligus melengkapkan kuota import ke-5 bagi pasukan ini.
Igor telah bersetuju dengan segala terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan dan menandatangani kontrak yang disaksikan oleh Setiausaha Eksekutif PBSNT dan juga ketua jurulatih Terengganu FC di pejabat Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu sebentar tadi.
SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA IGOR ZONJIC!!!