KUALA LUMPUR: Penyerang sensasi Terengganu, Tchetche Kipre melaungkan amaran bahawa dia sudah bersedia untuk menggempur pasukan hebat dalam saingan Liga Super musim depan. Selaku tonggak import tunggal yang dikekalkan Irfan Bakti Abu Salim, Kipre yang dikenali sebagai 'Drogba Terengganu' dikalangan penyokong skuad Peteh kekal positif untuk bersaing dengan barisan bintang lain. "Saya sudah berbincang dengan jurulatih dan menandatangani kontrak setahun. Saya gembira dengan pasukan ini malah jurulatih juga begitu yakin dengan prestasi saya. "Jadi saya kena bekerja lebih keras. Saya juga yakin dengan diri saya dan tahu apa yang perlu dilakukan. Bagi saya, cabaran cukup penting dan akan cuba ambil peluang ini. "Dalam saingan Liga Super, kami akan menentang pasukan dan pemain lebih berkualiti. Saya tahu apa yang perlu dilakukan. Tunggu saja tahun depan," katanya pada Majlis Penyerahan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana - April dan September Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - Asiana.my, hari ini. Kipre dinobatkan sebagai pemain terbaik untuk bulan September manakala pertahanan Negeri Sembilan, Mohd Nasriq Baharom penerima anugerah itu untuk bulan April. Nasriq yang kontraknya bakal berakhir bulan ini belum membuat keputusan mengenai hala tujunya namun mengakui Liga Super akan menjadi destinasi impian oleh mana-mana pemain. "Negeri Sembilan ada beri tawaran malah saya juga ada terima tawaran daripada pasukan lain. Tetapi saya masih belum buat keputusan lagi. "Mana-mana pemain mahu bermain di Liga Super kerana tumpuan lebih akan diberikan berbanding Liga Perdana. Peluang untuk menyertai pasukan kebangsaan pun ada," katanya. - Berita Harian
Drogba Terengganu Sedia Gegar Liga Super 2018