Bukan Nak Berahsia Sangat - Irfan Bakti


Kuala Terengganu: Semalam dilaporkan Irfan Bakti merisik dua orang lagi pemain tempatan bagi mengukuhkan pasukan menghadapi Liga Malaysia musim depan.

Rata-rata penyokong berteka-teki siapa yang dimaksudkan Irfan Bakti dimana seorang dari utara dan seorang lagi dari timur.

Kita bukan ingin berahsia sangat tetapi biarlah ia selesai dahulu dan kita akan mengumumkan siapa mereka ini.

"Kita terpaksa cari dan ikat pemain tempatan terutamanya lebih awal kerana sedar dengan jumlah pemain bagus di Malaysia ini agak terhad, selebihnya baru kita akan isi kekosongan tersebut dengan pemain import."katanya

"Saya tidak boleh berkata lebih pasal identiti pemain berkenaan tapi satu daripada mereka datang dari pasukan utara dan satu lagi pantai timur semenanjung.