Larkin: Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) berpesta gol untuk menjadi pendahulu Kumpulan D Piala Malaysia selepas menewaskan Terengganu 5-0 di Stadium Tan Sri Dato' Hassan Yunus, Larkin, malam tadi.
Klik untuk play video dibawah ini
Skuad Harimau Selatan yang bermain di halaman sendiri itu berjaya menghasilkan gol pertama pada minit ke-18 melalui Nuhd Safawi Rasid dan kemudiannya diikuti Mohd Fadhli Mohd Shas dan S.Kunalan masing-masing pada minit ke 38 dan 45.
Selepas rehat mereka menambah derita pasukan pelawat dengan dua jaringan oleh Ahmad Hazwan Bakri dan Darren Yee Deng Lok pada minit ke-49 dan 79.
Berdasarkan keputusan malam ini, JDT berjaya menempah tiket ke perlawanan suku akhir. - Sinar Harian