Kuala Lumpur: Skuad futsal lelaki negara melakar kemenangan kedua selepas tiga perlawanan apabila membelasah Indonesia 5-0 di Stadium Panasonic, Shah Alam, malam ini.
Skuad bimbingan Chiew Chun Yong itu turun dengan misi memburu kemenangan bagi mencerahkan peluang merebut pingat emas dalam aksi terakhir berdepan Thailand, Hari ini.
Klik untuk play video dibawah ini
Malaysia membuka tirai jaringan seawal minit ke-12 menerusi Rdizwan Bakri sebelum dia merekodkan gol kedua 17 minit kemudian.
Azri Rahman meletakkan skuad negara dalam kedudukan selesa dengan gol ketiga pada minit ke-31 sebelum Awallauddin Mat Nawi dan Effendy Bahrin melengkapkan gol keempat dan kelima negara pada minit ke-32 dan 37.
Malaysia bakal berdepan Thailand hari ini dalam perlawanan terakhir bagi merebut kedudukan pertama kumpulan, sekaligus meraih pingat emas. - Arena