(VIDEO) T-Team FC Terus Dirudum Kekalahan


SHAH ALAM: PKNS FC mencatat kemenangan tipis ke atas T-Team 2 -1 dalam saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, di sini, malam tadi.

Klik untuk play video dibawah ini



Semut Merah mendapat gol dalam separuh masa pertama melalui Aliff Haikal pada minit ke 34 dan Mohd Nizam Abu Bakar (m41).

Pasukan pelawat berjaya merapatkan jurang dengan percubaan Mohd Asrol Ibrahim (m65) yang tepat menerjah jaring.

PKNS FC (3)PKNS FC memperoleh beberapa peluang mencipta gol pada awal permainan hasil serangan diatur barisan hadapannya seperti Patrick Ronaldinho Wleh dan Pak Kwangil, namun gagal menemui sentuhan sempurna.

Gol dinanti hanya tercatat pada minit ke 34 menerusi Mohd Aliff Haikal hasil percubaan di luar kotak penalti menewaskan Mohd Hafidz Romly.

Jaringan itu menaikkan semangat skuad bimbingan Sven Gartung dengan meningkatkan tekanan kepada lawan melalui gerakan serangan.

Jaringan kedua terhasil melalui Nizam Abu Bakar empat minit sebelum babak pertama berakhir dengan kelebihan selesa.

Skuad kendalian Rachmat Darmawan meningkatkan serangan pada separuh masa kedua bagi mencari gol untuk menyaingi tuan rumah.

Percubaan dilancar menghadir kesukaran buat pertahanan PKNS FC dan gol dicari tercipta melalui Mohd Asrol (m65).

Bagaimanapun, gol kedua dicari gagal diperoleh dan keputusan kekal hingga ke wisel penamat.

Dengan keputusan itu, PKNS FC kini naik satu anak tangga ke kedudukan ketujuh dalam liga mengumpul 21 mata manakala T-Team jatuh ke tangga kelapan (19).

Selepas ini tumpuan terarah ke Piala Malaysia dengan PKNS FC bakal berdepan Perak di stadium sama, Sabtu ini, sebelum berkunjung ke Jengka, Pahang, menentang Felda United pada Selasa.