Gabriel Davis Dos Santos Sah Bersama Pasukan Terengganu!


Kuala Terengganu: Gabriel Davis Dos Santos sah bersama pasukan Terengganu bagi menggantikan Lutfulla Turaev.

Dalam perkembangan lain seorang lagi pemain import dari Ivory Coast kemungkinan akan tiba Khamis ini jika tiada apa-apa halangan, dan pasukan Terengganu juga dalam perancangan mungkin mengikat beberapa pemain tempatan dalam perbincangan iaitu bekas penjaga gol UiTM FC dan pemain sayap Felda United.

Pasukan Terengganu akan menjalani latihan malam ini di Stadium SMZA jam 10 malam.

Diharap dengan kehadiran pemain-pemain baru ini dapat memantapkan pasukan Terengganu untuk kembali ke Liga Super dan bersaing di Piala Malaysia tahun ini.