Terengganu Dan Kelantan Uji Skuad Petang Ini


Kuala Terengganu: Terengganu akan bertemu Kelantan pada aksi persahabatan di Padang Majlis Sukan Negeri (MSN) Kuala Terengganu, petang ini.

Aksi persahabatan itu bakal menilai keupayaan kedua-dua pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (M) musim depan.

Irfan berkata perlawanan persahabatan dengan Kelantan sebagai persiapan untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia.

Pengendali The Red Warriors (TRW), Zahasmi Ismail, berkata perlawanan itu lebih kepada menguji persefahaman dan tahap kecergasan pemain baharu dan lama.

Pada masa sama, beliau turut menilai beberapa pemain dari skuad Piala Presiden, yang bakal mengisi beberapa kekosongan posisi tertentu yang ditinggalkan pemain yang berhijrah ke pasukan lain.

"Saya percaya perlawanan petang ini bakal membentuk persefahaman mantap antara pemain lama dan baharu. "Selain itu, saya ingin melihat prestasi semasa pemain bagi memudahkan proses memilih barisan utama skuad kami menjelang sepak mula Liga M, Januari depan," - BHarian