Permohonan Dana TTB Tahun Baru Cina Dibuka

Masyarakat Cina yang berkelayakan di Terengganu boleh memohon bantuan Tahun Baru Cina 2017 melalui atas talian yang dibuka sepanjang 10 hari,  berakhir 4 Januari depan.

Syarat kelayakan permohonan dinaikkan kepada mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 berbanding hanya RM2,000 sebelum ini.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan iDANATTB di laman web danattb.terengganu.gov.my

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Khidmat Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, permohonan menerusi talian itu hanya melibatkan permohonan baharu sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah memohon sebelum ini.

Katanya, selain itu pemohon juga perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti  bujang kepada berkahwin, menambah atau mengurang jumlah tanggungan  dan bertukar alamat.

“Mereka yang dikategorikan warga emas, Orang Kurang Upaya, keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin adalah golongan yang layak membuat permohonan.

“Individu yang tidak mahir menggunakan internet atau komputer boleh ke Pusat Bestari.Com berdekatan  di Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada teganukita

Selain itu, penebusan baucer dijangka boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional pada 23 Januari dan berakhir 23 April 2017. - Teganukita