Skuad Penyu Tewas Lagi Dihalaman Sendiri Dibedil PDRM


Kuala Nerus: Terengganu bermula garang mengasak kubu PDRM seawal minit pertama, walaubagaimanapun gagal membuahkan hasil, peluang keemasan Terengganu hadir melalui hantaran lintang Issey Nakajima-Farran disebelah kanan gol PDRM ke arah Norshahrul tetapi tandukannya tersasar.

PDRM mengambil peluang keemasan apabila serangan balas mereka menghasilkan gol pertama melalui tandukan pemain import dari Singapura Safuwan Baharudin yang menerima hantaran cantik di sebelah kanan pada minit ke 59.

PDRM terus mendahului dengan satu gol sehingga tamat separuh masa pertama.

Aksi di separuh masa kedua Terengganu mengubah jentera serangan dengan memasukkan Ashari Samsudin bagi menggantikan Bogdan Milic namun beberapa percubaan gagal membuahkan hasil.

Kealpaan Terengganu menyaksikan gerakan solo Guilherme De Paula yang membuat rembatan leret diluar kotak penalti berjaya menembusi gawang gol Terengganu.

Permainan berkesudahan Terengganu 0-2 PDRM, suatu keputusan yang perlu diberi perhatian kerana sekali lagi tewas di halaman sendiri apabila sebelum ini diaibkan 1-6 dengan Kelantan dan juga tewas 0-2 di Ipoh.

Barisan Pemain :