Pemangku Ketua Jurulatih Galas Misi Pulihkan Maruah Terengganu


Kuala Terengganu: Terengganu tidak lagi rela menerima aib di laman sendiri sebaliknya mahu memastikan tiga mata menjadi milik mereka apabila bertemu PDRM di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Kuala Nerus malam ini.

Selepas dua perlawanan terakhir liga bertemu Perak dan Kelantan memberikan kekecewaan, pengendali sementara Mustapha Kamal Abdul Wahab sedar Terengganu kian terdesak untuk menambah koleksi mata sekali gus membuatkan beliau menuntut anak buahnya supaya mempamer semangat juang tinggi.

Beliau yang baru mengambil alih tugas sebagai pemangku ketua jurulatih sejak dua perlawanan lalu berazam untuk menerapkan strategi mujarab bagi memastikan skuad Penyu tidak dimalukan dua kali bertutur-turut di laman sendiri

"Kita tidak ada pilihan kecuali perlu mengutip mata penuh, namun saya mengingatkan pemain supaya tidak beraks dalam keadaan tertekan tetapi perlu tenang adlam misi mebuu tiga mata selepas pulang denga tangan kosong ketika bertandang di Ipoh untuk bertemu Perak, Sabtu lalu.

"Terengganu mempunyai kelebihan pada malam ini untuk mengatasi PDRM kerana beraksi di depan penyokong sendiri tapi aksi mantap dan bertena perlu dipamerkan pemain," katanya.

Pada 15 Julai lalu, skuad Peteh Terengganu Peteh diaibkan Kelantan 1-6 di SSMZA dan akibatnya ketua jurulatih Mike Mulvey terpaksa direhatkan.

Mengulas lanjut Mustapha yang kembali ceria selepas pertahanan import Vincent Bikana sudah dapat diturunkan apabila tempoh penggantungannya tamat dan berkata, beliau akan melakukan sedikit rombakan terutama diposisi pertahanan dan tengah.

"Kita terpaksa melakukan rombakkan untuk berdepan dengan PDRM kerana beberapa pemain mengalami kecederaan termasuk kapten Ahmad Nordin Alias, Mohd Zubir Azmi, Gustavo Lopez, Ismail Faruqi Ashari, Amirul Syahmi Ashari, Yong Kuong Yong dan Sharmiza Yusof," katanya.