Giliran Negeri Sembilan Aibkan Terengganu Dihalaman Sendiri


Kuala Nerus: Terengganu sekali lagi diaibkan dihalaman sendiri oleh Negeri Sembilan apabila tumpas pada aksi TM Piala Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Terengganu terlebih dahulu didepan melalui gol tandukan pemain import tinggi lampai mereka iaitu Bogdan Milic pada minit ke 22, apabila menerima hantaran lintang daripada Issey Nakajima-Farran.

Separuh masa pertama berkesudahan Terengganu mendahului dengan 1-0.

Bersambung separuh masa kedua asakan demi asakan daripada kedua-dua pasukan dengan sering membalas serangan, namun pada minit ke 72 Negeri Sembilan dihadiahkan sepakan penalti apabila bola terkena tangan Vincent Bikana, dan Boran Jerkovic mudah menyepak masuk menewaskan Hakimi Awang.

Gol kemenangan Negeri sembilan hadir melalui jaringan Afiq Azmi pada minit 80 melalui tandukan, perlawanan berkesudahan Terengganu 1-2 Negeri Sembilan.

Terengganu terus dihimpit kekalahan demi kekalahan pada setiap aksi Liga Super dan terkini Piala Malaysia, turut memalukan apabila sering tewas dihalaman sendiri, situasi begini terus mendapat kecaman daripada penyokong yang mahu perubahan segera dilakukan sebelum parah, walaupun hakikatnya jika mengikut rekod sudah dilihat agak teruk prestasi pasukan ini.

Carta kedudukan terkini Kumpulan D TM Piala Malaysia: