JURULATIH skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee mahu semua pemainnya bangkit semula pada aksi persahabatan kelima menentang kelab Liga 1 Slovakia, Dolny Kubin hari ini setelah tewas 1-4 kepada Budapest Honved minggu lalu.
Kekalahan kepada kelab Hungary itu telah menyentap semangat skuad B-22 negara yang terdahulu menang ketiga-tiga perlawanan awal menentang Bodva Moldava (1-0), Topvar Topolcany (2-1) dan Liptovsky Mikulas (2-1).
Menurut Kim Swee, beliau bakal menurunkan kesebelasan yang terbaik buat masa ini di samping turut akan mencuba beberapa strategi tertentu pada aksi yang dijadual berlangsung pukul 5 petang waktu Slovakia (11 malam waktu Malaysia).
"Apa yang penting, para pemain perlu bangkit daripada kekalahan dan menunjukkan satu tahap permainan yang lebih tinggi selepas tewas kepada Honved terutamanya pemain kebangsaan yang tahap mereka masih belum memuaskan.
"Seperti saya pernah katakan, semua pemain akan diberi ruang yang sama dan sesiapa menunjukkan persembahan terbaik akan dikekalkan dalam kesebelasan.
"Untuk perlawanan esok (hari ini), saya akan menurunkan Ahmad Hazwan Bakri (penyerang Kuala Lumpur) dalam kesebelasan utama," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.
Daripada enam gol yang terhasil seta- kat ini, hanya dua daripadanya menerusi pemain penyerang iaitu Ahmad Hazwan dan Ferris Danial Mat Nasir, manakala baki empat lagi disumbat pemain sayap, Wan Zack Haikal Wan Nor (2) dan Fandi Othman serta pemain tengah, Irfan Fazail.
Kim Swee turut memberitahu bahawa Irfan dan Gary Steven Robbat sudah pulih daripada kecederaan yang menyebabkan mereka tidak dapat beraksi minggu lalu.
"Irfan sudah pulih sepenuhnya tetapi Gary hanya akan berada di bangku simpanan kerana dia tidak dapat diturunkan pada aksi menentang Jepun kelak akibat kad merah.
"Lebih baik saya mencuba pemain-pemain lain termasuk juga Ahmad Fakri Saarani," jelasnya.
Selepas melengkapkan tujuh aksi persahabatan di Slovakia dengan menentang Nitra (23 Ogos) dan Levice (26 Ogos), skuad negara akan kembali ke tanah air pada 28 Ogos bagi menyambut Aidilfitri sebelum melaporkan diri semula di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 1 September.[Sumber]