Ini 4 Tip Penjagaan Pendingin Hawa Yang Semua Perlu Tahu


Kebanyakkan rumah sekarang ni mesti ada pendingin hawa, tambah lagi rumah yang berada di kawasan panas seperti tengah-tengah bandar tu. Ada yang beranggapan bahawa pendingin hawa ini sebagai satu tanda kemewahan, bagi Ohmedia ianya adalah satu keperluan di masa kini untuk menjadikan rumah kita sejuk dan selesa.

Mesti ada antara korang yang kerap menggunakannya sepanjang hari betul tak? Penggunaan pendingin hawa secara kerap boleh menyebabkan kotoran terkumpul dan menjadikan korang bernafas dalam udara yang tercemar tanpa korang sedar gais! Ohmedia nak kongsikan beberapa tip penjagaan pendingin hawa bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik dan tahan lama. 

Bersihkan filter


Korang perlu bersihkan filter dengan kerap. Paling kurang pun dua bulan sekali kalau korang sejenis yang sentiasa pasang tanpa henti tu (bergantung kepada penggunaan).

Bersihkan unit dalaman 


Korang perlu mencuci coil dalaman penyaman udara tersebut. Kalau rasa takut-takut nak buat, korang perlu panggil jututeknik untuk membersihkannya. Untuk memanjangkan hayat pendingin hawa dan memastikan udara bersih terhasil, korang perlu membersihkan permukaan unit dalaman pendingin hawa tu sekaligus dapat menjimatkan tenaga elektrik gais!  

Cucian chemical 


Korang perlu memanggil orang yang professional untuk lakukan cucian chemical pada pendingin hawa korang sekurang-kurangnya setahun sekali.

Bersihkan condenser 


Korang juga perlu bersihkan condenser bagi mengelakkan ianya tersumbat dan tidak berfungi dengan baik akibat habuk-habuk atau kotoran yang terkumpul seperti pasir, debu-debu, daun dan sebagainya. 

Kalau korang rasa penghawa dingin dekat rumah tu dah mula kurang sejuk, itu tandanya dah kena servis. Jadi, korang boleh gunakan tip yang Ohmedia kongsikan ini. Mudah jer gais!

+ Baca respon pembaca tip penjagaan pendingin hawa di Facebook Oh! Media.




Sumber: Oh! Media