DUNGUN – Masuk hari kelima Syawal, kawasan Rehat dan Rawat (R&R) kini sesak dengan kenderaan milik perantau yang mahu kembali ke ibu kota selepas puas beraya di kampung masing-masing.
Pelbagai kejadian menarik berlaku dekat R&R di sepanjang lebuh raya antaranya kejadian seorang warga emas yang dipercayai ditinggalkan secara tidak sengaja oleh anaknya, hari ini.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku di R&R Bukit Besi, di sini.
Ibu tertinggal di R&R
Difahamkan, warga emas tersebut ditemui oleh dua orang anggota penguatkuasa jalan raya dan telah dibawa ke Balai Polis Bukit Besi untuk membuat laporan bagi mengesan warisnya.
Betul ke tertinggal?
Berikutan itu, rata-rata netizen membuat pelbagai spekulasi berhubung kejadian itu termasuklah yang mendakwa warga emas itu memang sengaja ditinggalkan di situ oleh warisnya sendiri.
Malah, ada yang menuduh waris warga emas itu cuai kerana tidak memeriksa keberadaannya terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
Kes dah selesai, waris datang ambil…
Sementara itu, menerusi satu komen daripada Mie Putracall memaklumkan bahawa warga emas itu telah diambil oleh warisnya.
Menurut si waris, mereka berhenti seketika di R&R untuk ke tandas. Hanya pemandu sahaja yang keluar manakala yang lain sedang tidur menyebabkan mereka tidak perasan warga emas itu turut sama turun untuk ke tandas.
Netizen tidak sepatutnya melemparkan tuduhan melulu tanpa mengetahui kisah yang sebenar di sebalik kejadian tersebut.
Justeru, kita semua diharap agar lebih berhati-hati apabila berhenti di tempat awam, terutama pada musim perayaan ini dan selalu peka terhadap keadaan sekeliling supaya kejadian seperti tidak berulang lagi.
Sumber: kulihatlangitbiru.com